Sponsor

Iklan Sponsor :

Mari contohi akhlak Rasullah s.a.w.- Berbakti kepada ibu bapa

Iklan Sponsor :




Setiap manusia yang lahir di dunia, pasti mempunyai ibu bapa. Ibu bapa yang menjaga,mengasuh,mendidik anak-anak sejak dari kecil. Sejak masih di dalam kandungan hingga menjadi dewasa, anak sentiasa menjadi tangungan ibu bapa. Ibu yang telah mengandungkannya selama 9 bulan dengan pelbagai ujian dan kesakitan. Tentu anda mengetahui ibu yang mengandung pasti mempunyai kesakitan seperti muntah-muntah,pening kepala, kaki bengkak, sakit perut dan sebagainya.

Semasa bersalin pula, ibu bertarung nyawa menahan kesakitan. Setelah bayi lahir, ibu bapa memainkan peranan penting. Di tengah malam, sewaktu ibu dibuai mimpi indah, terdengar tangisan bayi menangis kelaparan atau tidak selesa. mungkin lapar atau inginkan belaian ibu. ibu memujuk tanpa jemu. Apatah lagi jika anak itu sakit, si ibu terpaksa mendukungnya dan memujuk sejak dari pagi hingga petang. Secara jujurnya, bukan mudah menjadi seorang ibu. Pendek kata, jasa ibu di dalam memelihara anak adalah tidak terhingga dan tidak dapat dihitung.

Bapa pula bekerja keras untuk menanggung perbelanjaan keluarga. Dengan kemunculan cahaya mata baru, bapa bekerja bersengkang mata untuk membeli keperluan bayi seperti susu,pampers,ubat-ubatan,kelengkapan bayi dan sebagainya. Tentunya perlukan perbelanjaan yang besar.

Ibnu Mas'ud pernah bertanya kepada Rasullah S.A.W:

"Apakah amal yang dicintai Allah?" Rasul menjawab: "Mengerjakan solat pada waktunya." Ia bertanya : "Kemudian apa?" Rasul menjawap : Berbakti kepada dua orang ibu bapa."Ia bertanya lagi : " Kemudian apa?" Baginda bersabda : " Berjihad pada jalan Allah."

( Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasullah S.A.W bersabda :

" Redha Allah ada di dalam redha ibu bapa, dan kemurkaanNYa ada di dalam kemurkaan keduanya."
(Riwayat Thabarani dari Ibnu Umar)

Dari Abu Bakar Radhiallhu 'anhu berkata bahawa Rasullah S.A.W telah bersabda:

" Mahukah aku khabarkan kepada kamu dosa yang paling besar?" Para sahabat berkata: Bahkan, ya Rasullah. " Baginda bersabda: " Mempersekutukan Allah dan menderhakai kedua ibu bapa."

( Riwayat Bukhari dan Muslim)

P/s : sejak akhir-akhir ini, sudah terlihat terdapat anak yang benci kepada ibu bapanya. mungkin si anak ada sebab membenci ibu bapanya.contohnya : anak yang membenci ayahnya melakukan dosa,seperti berjudi,minum arak,dan sebagainya. Namun, kita sebagai anak,tiada hak untuk membenci ibu bapa yang menjaga kita sejak lahir. Jika benci dgn segala perkara yang dilakukan oleh si ibu atau si ayah. Itu adalah urusan mereka dgn Allah. Kita sebagai anak still perlu jalankan tanggungjawab sebagai seorang anak. Bukan dgn membenci mereka boleh mengubah segalanya. Sebaliknya, kita perlu mendoakan mereka supaya kembali kepada Allah. InsyaAllah...

Sumber: http://nursyahidailias.blogspot.my

Masukan email anda untuk mendapatkan Resep Terbaru ke email anda GRATIS: