Sponsor

Iklan Sponsor :

Black Death: Kisah Wabak Penyakit Yang Melanda Eropah

Iklan Sponsor :





Dalam meneliti zaman gelap yang menyapa benua Eropah, adalah tidak lengkap untuk tidak berbicara tentang sebuah fasa yang terkenal dengan jolokan sebagai Black Death. Fasa yang telah merencatkan segala perkembangan tamadun di benua eropah, meragut pelbagai nyawa. Sejarawan mempunyai pelbagai cara dan seni mengungkapkan tentang peristiwa ini.

Antara gambaran yang paling menarik tentang Black Death ini ialah wabak ini disamakan dengan rasukan syaitan yang telah meragut nyawa-nyawa manusia bukan sahaja di Eropah, bahkan di Asia dan Timur Tengah! Untuk rekod, wabak Black Death ini telah memakan nyawa sebanyak 75 Juta manusia di seluruh dunia! 25 juta daripadanya ialah penduduk Eropah, yang membawa maksud bahawa kira-kira 2/3 daripada penduduk eropah ketika itu menjadi mangsa!

Tetapi apa sebenarnya wabak Black Death ini? Kenapa… dan bagaimana wabak ini mampu memakan nyawa sehingga sebanyak itu? Maka disinilah tugas saya untuk membahaskan satu –persatu kisah-kisah tentang wabak Black Death, dalam bahasa awam dan ringkas untuk kita mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya.

Untuk rekod sejarah, wabak Black Death ini menyapa benua Eropah ketika kurun ke-14 Masihi. Kenapa wabak ini dipanggil sebagai Black Death adalah kerana kulit mangsa yang luka yang dijangkiti wabak ini akan bertukar kehitam-hitaman! Dipercayai bahawa penyakit ini mula tersebar pada sekitar 1347 Masihi hingga 1350 Masihi.

Tetapi bagaimana wabak Black Death ini boleh menyapa Eropah? Maka disini sejarawan telah membahagikan teori-teori yang boleh dikaitkan dengan penyebaran wabak ini di Eropah. Berikut ialah teori-teori yang terkenal dan dibahaskan dalam bidang sejarah.

I. Wabak Black Death ini bermula dari Asia Tengah. Terdapat spesikulasi yang mengatakan bahawa wabak datang dari Utara India dan China. Ianya kononnya datang dari pedagang beserta tentera Monggol yang menggunakan laluan sutera darat dan seterusnya datang ke Pelabuhan Sicily lalu dari sini, wabak ini terus tersebar ke seluruh Eropah.

II. Black Death tersebar di Eropah pada musim sejuk pada 1347 Masihi dan 1348 Masihi. Kononnya kapal-kapal dari arah Timur ini dikerumi oleh tikus-tikus yang terlalu banyak. Dan tikus itu pula membawa hama dan kutu-kutu yang kemudian melompat dari manusia ke manusia sekaligus menyebarkan wabak ini. Lagi-lagi tarikh yang dicadangkan berlaku peristiwa ini ialah musim sejuk telah mengakftifkan lagi pembiakan kutu-kutu dan hama ini.

III. Pergy Saari dan Aaron Saari: Mereka mengatakan bahawa Delhi, sebuah kota di Utara India adalah tempat bermulanya wabak Black Death ini, lalu merebak ke wilayah lain di Selatan Asia pada tahun 1346 Masihi, sebelum terus merebak ke bandar seperti Kaffa dan Istanbul pada tahun 1347 Masihi. Penyakit ini kemudian merebak ke Eropah berpunca dari pengunaan senjata biologi dalam perang oleh orang Tatar yang tidak mahu pengaruh barat mula sampai ke wilayah Monggol.
Maka untuk menghalang pengaruh barat dari orang Itali, orang Tatar telah menghumbankan mayat-mayat yang terlebih dahulu dijangkiti oleh wabak Black Death di beberapa wilayah awal seperti Delhi di Kaffa, berdekatan dengan kawasan perniagaan orang Itali. Kaffa hari ini adalah terletak berhampiran dengan Crimea.

Atas sebab inilah orang-orang Itali yang berada di Kaffa telah berundur pulang ke negara mereka, lalu membawa pengakit Black Death ke negara mereka. Akibatnya, dari situ, wabak ini tersebar ke serata eropah.

Baik, rasanya kita sudah memahami akan cara bagaimana benua Eropah disapa dek wabak Black Death ini? Maka kata saya, kita hadami pula perbahasan yang membincangkan tentang bagaimana penyakit ini boleh tersebar dalam wilayah Eropah itu sendiri.

Kajian sains yang dibuat telah menemui bahawa bakteria jenis Bacillus yang hidup dalam badan hama atau kutu yang dipanggil Yersinia Pestis. Wabak ini boleh berjangkit melaui dua peringkat iaitu septicemic dan bubonic plague bagi peringkat pertama manakala bagi peringkat kedua pula ialah peneomonic plague.

Bagi peringkat pertama, ianya bermula apabila bakteria Bacillus membiak dengan banyaknya dalam badan kutu Yersinia Pestis menyebabkan hama ini mengalami kelaparan yang luar biasa lalu dan menggigit mangsa dalam keadaan yang lebih kerap. Tikus hitam menjadi ejen penyebaran hama ini dan tikus ini pula menggigit manusia, lalu menjadikan manusia sebagai perumah yang baru.

Bagi peringkat bubonic plague, simptom yang biasanya kelihatan pada mangsanya ialah mangsa akan sakit kepala, lenguh-lenguh badan, muntah-muntah dan demam. Simptom ini biasanya kelihatan pada hari pertama sehingga ke tujuh manakala kadar kematian dicatatkan dalam angka 30-75 peratus.

Mangsa yang terselamat daripada fasa pertama mula akan menyebarkan kepada manusia lain melalui percikan atau semburan titisan udara dari paru-paru atau mulut. Sebagai contoh, mangsa akan terbayuk dan bersin, lalu mengotorkan udara manakala manusia yang menghirup udara kotor itu pula akan akan terjangkiti. Bakteria ini akan masuk melalui trakea dan menyerang paru-paru dan kerongkon magsa. Kadar kematian untuk peringkat kedua ini yang dikenali sebagai paneomonic plague ini lebih dasyat apabila mencecah sehingga 90-95 peratus!

Jadi sekarang, kita sudah memahami bagaimana wabak ini bergerak. Tentu dalam fikiran kita sekarang, tiada rawatankah pada waktu itu sehingga mengakibatkan kematian sebanyak 25 juta orang di benua eropah manakala mencecah 75 juta di seluruh dunia. Mana pergi doktor-doktor serta tabib pada zaman itu? Baik inilah bahagian paling menarik yang saya nak ulas dalam artikel ini.

Tikus Hitam seperti mana yang dibicarakan dalam awal artikel tadi dikatakan sebagai ejen penyebaran utama wabak Black Death. Jadi, ketika itu dieropah tikus-tikus hitam ini digantikan dengan tikus coklat. Dalam kitaran alam semula jadi, tikus coklat ini memang nemesis utama tikus hitam, bahkan tikus coklat ini lebih agrresif apabila tidak membenarkan hama daripada membiak melaluinya. Jadi populasi tikus hitam dihapuskan dengan pembiakan tikus coklat ini.

Namun, ada perkara menarik yang saya mahu bincangkan bila membicarakan tentang kaedah pengubatan. Maka ketika itu, lahirnya kepercayaan karut seperti bau busuk dari mayat yang dijangkiti oleh Black Death sebenarnya mampu membuatkan manusia lain turut terkena wabak ini. Jadi, masyarakat ketika itu akan membakar segala barang-barang yang mampu menyebarkan bau wangi seperti bunga-bungaan, kapur barus, daun limau, pokok pain banyak lagi.

Selain itu, penjualan minyak wangi ketika itu sangatlah laku kerana kepercayaan karut ini. Minyak wangi biasanya akan diletakkan di sarung tangan yang dipercayai mampu melindungi wajah mereka daripada dimasuki wabak ini. Mereka akan dilihat berjalan sambil meletakkan tapak tangan itu dimulut mereka,

Bahkan lebih dasyat daripada itu, di Milan dicatatkan sebuah dinding dibina untuk memisahkan antara penduduk yang tidak terjangkiti dengan penduduk yang dijangkii dek wabak ini. Tetapi ada asasnya juga dengan langkah ini sebab kalau hari ini, kita boleh samakan langkah ini dengan proses kuarantin yang berlaku kalau sebuah wabak epidemik dan pandemik melanda sebuah kawasan.
Tidak ketinggalan terpengaruh dek kepercayaan karut yang berlaku ketika itu ialah Pope Clement IV yang mengambil langkah duduk sambil dikelilingi oleh api yang besar dengan harapan bahawa kuman yang tersebar dikelilingnya akan mati dek haba api. Akhirnya, Pope Clement IV ini sendiri menjadi mangsa kematian wabak Black Death!

Dari segi politik, wabak ini telah mengakibatkan keruntuhan struktur politik ketika itu di benua Eropah apabila 25 juta nyawa hilang begitu sahaja. Jumlah yang hampir sama dengan populasi rakyat Malaysia hari ini! Kehilangan nyawa yang banyak ini mengakibat kestabilan politik yang dimiliki oleh Eropah ketika itu hilang! Pemerintah seperti King Henry turut mati.

Maka ketika itu, Empayar Turki Uthmaiyah yang sedang dalam mood perluasan kuasanya pun mengambil kesempatan dengan menakluk dan menawan beberapa kawasan di eropah tanpa tentangan sengit kerana mereka sedang menumpukan bagaimana untuk melawan wabak ini.

Dari sudut ekonomi pula lebih dasyat. Kerajaan-kerajaan telah kehilangan banyak sumber pendapatan. Sebagai contoh, dalam kes yang melibatkan penghutang-penghutang yang berhutang dengan kerajaan, kebanyakan daripada penghutang ini mati akibat wabak virus ini. Yang lebih dasyat mereka tidak mati seorang, tetapi turut mengheret sekali anak bini sanak saudara, atuk nenek, ibu dan ayah, sepupu dan cucu sekali sehinggakan apabila wabak ini selesai, kerajaan tidak dapat menjumpai sesiapa untuk membayar hutang mereka.

Selain itu, dapat juga dilihat industri pertanian dan perlandangan di eropah terjejas teruk. Binatang ternakan seperti lembu, kambing, kerbau dan sebagainya turut dijangkiti sehingga kematian binatang ini mengakibatkan krisis makanan yang sangat teruk di Eropah. Ketika ini, kadar pengangguran sangatlah tinggi. Jenayah berada di mana-mana. Para petani dan pekerja lain memohon gaji yang sangat tinggi untuk membuat kerja. Senang cerita, krisis ekonomi yang tak tergambar dek akal kita sedang melanda eropah ketika itu.

Yang paling terkesan ialah golongan gereja. Sebelum wabak ini, rakyat eropah sangat mempercayai akan golongan gereja. Namun selepas wabak, banyak rakyat yang menyalahkan gereja dengan alasan bahawa gereja telah melanggar perintah tuhan dengan menunggang agama demi kepentingan sendiri sehingga mengakibatkan kepercayaan pada golongan gereja semakin merosot. Ini juga menyumbang kepada idealogi baru yang bersifat sekularisme yang kemudiannya akan menyumbang kepada gelombang Renaissance yang akan saya ulas dalam artikel yang mendatang!


Rujukan:
1. Mohammad Kamal Kamaruddin. Sejarah Eropah. Pearson Malaysia Sdn Bhd. (2009)
2. http://www.abc.net.au/science/articles/2008/01/29/2149185.htm
3, http://news.bbc.co.uk/2/hi/health/1576875.stm

Masukan email anda untuk mendapatkan Resep Terbaru ke email anda GRATIS: