Sponsor

Iklan Sponsor :

Makan Secara Sihat di Hari Raya

Iklan Sponsor :




Hari raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di sampingg meraikan kejayaan beribadah kepada Allah SWT. Antara amalan yang menjadi tradisi dan dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri adalah amalan ziarah-menziarahi antara sanak-saudara dan jiran tetangga. Selain daripada amalan kunjung-mengunjungi, hari raya juga dimeriahkan lagi dengan pelbagai juadah yang menjadi santapan buat tetamu. Pastinya ketupat, lemang dan rendang menjadi juadah wajib yang akan dihidangkan bagi menjamu selera di hari raya.

Biasanya, ramai di antara kita akan mengambil makanan yang berlebihan di hari raya. Hal ini tentunya disebabkan oleh setiap rumah yang dikunjungi akan menghidangkan makanan sebagai menghargai tetamu yang datang. Walaupun hari raya bermakna hari kemenangan untuk orang Islam setelah dengan taatnya menjalani ibadah berpuasa sebulan sebelumnya, ia tidak bermakna kita boleh makan apa saja di hari raya. Seharusnya, amalan pemakanan yang sihat tidak boleh dilupakan. Berikut adalah 7 panduan untuk makan secara sihat di hari raya.

7 panduan makan secara sihat di hari raya


  • Makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil

  • Pilih makanan yang rendah kalori seperti buah-buahan serta makanan yang kurang minyak, lemak dan santan

  • Pilih makanan yang tinggi serat untuk mengelakkan sembelit


  • Hadkan pengambilan makanan yang manis dan berlemak seperti dodol


  • Pilih buah-buahan segar sebagai pencuci mulut atau snek


  • Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam seperti kerepek


  • Minum air kosong berbanding minuman berkarbonat atau minuman yang manis


Tuan rumah perlu peka

Namun begitu, anda sebagai tuan rumah pula perlulah peka dengan keperluan tetamu. Jika boleh, pastikan juga anda menghidangkan pilihan makanan yang lebih sihat untuk tetamu. Panduan berikut mungkin boleh diikuti dalam penyediaan hidangan yang sihat kepada tetamu.


  • Kurangkan gula, minyak dan lemak dalam penyediaan biskut dan kek raya. Gunakan ½ atau ½ daripada kuantiti gula yang biasa digunakan semasa menyediakan biskut dan kek raya


  • Hidangkan pelbagai jenis sayur bersama hidangan utama


  • Hidangkan minuman kurang manis bersama air kosong. Elakkan menghidangkan minuman berkarbonat


  • Hidangkan buah-buahan pada setiap waktu makan sebagai pencuci mulut


  • Sebelum memasak hidangan hari raya, sediakan daging yang telah dibuang lemak atau ayam yang telah dibuang kulit


  • Kurangkan makanan yang bersantan, bergoreng dan berminyak dalam penyediaan hidangan di hari raya


  • Gunakan ramuan tinggi serat untuk membuat biskut dan kuih raya seperti tepung bijirin penuh, oat dan buah prun
Sumber: http://www.ezdiet.com.my

Masukan email anda untuk mendapatkan Resep Terbaru ke email anda GRATIS: