Percutian yang paling seronok adalah pergi ke pulau yang ada butiran pasir-pasir putih halus di sepanjang pantai, boleh snorkeling dan mungkin juga menyelam dengan pemandangan batu-batu karang yang pelbagai dan berwarna warni serta paling penting sekali, ada MAKANAN HALAL!
Di sini disenaraikan kepulauan ‘syurga dunia’ dengan majority penduduk beragama Islam yang perlu dilawati. Jika anda seorang kaki travel, ini kena masuk dalam ‘to-go-list’ anda
1. Pulau Cocos (Keeling), Australia
Pulau ini mula diteroka pada tahun 1826 oleh seorang lelaki Inggeris bernama Alexander Hare
Walaupun pulau ini adalah sebahagian dari Australia, Bahasa pertuturan di pulau itu adalah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Pulau ini berkeluasan 14.2km persegi dan hanya ada seramai 600 orang penduduk. Walaupun sikit, yang bagusnya, kalau anda tersesat, lebih mudah dijumpai
Pantai Cossies di pulau ini dinamakan sebagai Pantai Dengan Butiran Pasir Terbaik di Australia oleh pakar pantai, Brad Farmer
80% daripada populasi penduduk di pulau ini beragama Islam
2. Zanzibar, Tanzania
Islam muncul di Tanzania ketika perdagangan hamba abdi dari Arab.
98.9% populasi di Zanzibar adalah beragama Islam
Fakta Menarik:
Tahukah anda di selatan Zanzibar terdapat sebuah pulau yang di namakan Pulau Mafia? Tiada mafia di situ tapi dengarnya terdapat beberapa kawasan menarik untuk aktiviti menyelam.
Tahukah anda di selatan Zanzibar terdapat sebuah pulau yang di namakan Pulau Mafia? Tiada mafia di situ tapi dengarnya terdapat beberapa kawasan menarik untuk aktiviti menyelam.
Di Tanzania, mereka bertutur dalam lebih 140 bahasa yang berlainan!!
3. Lombok, Indonesia
Oleh kerana masjid sangat mudah ditemui di hampir setiap pelusuk pulau ini, maka Lombok juga dikenali sebagai Pulau dengan 1,000 masjid. Jadi, suara-suara lunak dan merdu si muadzin akan selalu kedengaran semasa tibanya waktu solat.
Di Lombok juga terdapat banyak menu-menu halal dan mocktail (tanpa alkohol) yang boleh dicuba.
Kebanyakan hotel di Lombok turut memasarkan hotel mereka sebagai ‘mesra muslim’. Penunjuk arah kiblat dan naskah Al-Quran antara barang wajib yang ada di setiap bilik. Malahan, ada sesetengah hotel yang mengeluarkan siaran MTV dari senarai!
Sekiranya anda berjalan di sekitar Lombok, pasti takkan ketinggalan dari melihat kanak-kanak berkopiah dan bertudung dalam perjalanan pergi atau balik ke sekolah
Di beberapa kawasan sekitar pulau Lombok, masih terdapat banyak lagi kawasan terumbu karang yang cantik yang sesuai untuk aktiviti snorkeling dan menyelam.
4. Maldives
Penduduk Maldives mula menganuti agama Islam dari agama Buddha sebelumnya pada abad ke 12
Pulau Maldives terbentuk dari gugusan 1,192 pulau dengan terumbu karang
Kebanyakan binaan masjid di sini dibuat dari batu-batu karang beserta atap zink atau jerami.
Kebanyakan pejabat dan kedai-kedai di Maldives akan tutup selama 15 minit selepas masuk waktu solat. Jadi anda tidak perlu risau terlepas waktu solat.
Fakta Menarik:Tahukah anda bahawa seseorang yang bukan beragama Islam tidak boleh menjadi rakyat Maldives?
Banyak lagi pulau menarik dan menyediakan perkhidmatan sesuai untuk Muslim. Nanti DC akan buat artikel lain untuk pulau-pulau di Malaysia pula
Sumber: BrightMuslim