Sponsor

Iklan Sponsor :

Satu Penjelasan Saintifik Mengapa Islam Melarang Manusia Minum Arak

Iklan Sponsor :




Setiap larangan Allah swt. itu pasti ada sebabnya walaupun mungkin dalam setiap yang dilarang, ada sedikit kebaikan. Untuk menjawab soalan mengapa Allah swt. melarang umat Islam meminum arak, ada kala lebih baik kita ambil pendekatan menggunakan kaedah saintifik.

Menurut pandangan peminum arak, minum dalam jumlah minuman dalam yang moderat sebenarnya tidak memberikan kesan buruk pada peminumnya.

Sedangkan hakikatnya, apabila badan kita mengesan kehadiran alkohol, secara automatik badan kita akan mengaktifkan sistem pertahan tubuh bagi membaiki sel dan tisu yang telah rosak. Bukankah ini dengan jelas menunjukkan sejak dari mula lagi badan kita secara sendiri menolak kewujudan alkohol dalam tubuh dengan semulajadi?

Tidak cukupkah bukti itu untuk membuktikan alkohol tidak baik? Jika belum cukup, mari kita senaraikan satu-satu kesan buruk pada setiap organ major tubuh manusia.

1. MULUT, TEKAK dan ESOFAGUS

Ini adalah lubang masuk alkohol. Oleh kerana alkohol ini bertindak sebagai bahan kimia yang akan menyebabkan radang, kita akan merasakan seperti kesan terbakar apabila alkohol melalui organ-organ ini. Rasa terbakar ini sebenarnya berpunca dari tisu-tisu kita yang sedang dirosakkan.

2. PERUT

Apabila alkohol turun ke perut, sesetengahnya akan diserap ke dalam darah. Bagaimanapun ada yang akan tinggal di perut. Ini akan menyebabkan peningkatan nilai Ph dalam perut yang berubah ke arah keasidan serta merosakkan lapisan perlindungan dinding dalaman perut. Apabila alkohol sampai ke usus kecil, kandungan dalamnya akan merencatkan sistem penghadaman kita dan menghalang badan kita dari menyerap khasiat baik seperti thiamin, asid folik, vitamin B1 dan B12 serta asid amino.

3. JANTUNG

Dalam jangka masa pendek, alkohol akan menyebabkan radang paru-paru. Apabila minuman alkohol terus dijadikan amalan, ini akan mengganggu kadar jantung mengepam darah. Selain itu, yang lebih buruk lagi, ia boleh melarat kepada satu simptom yang dinamakan alcoholic cardiomyopathy, sejenis penyakit yang boleh menyebabkan jantung membesar tetapi tidak mampu mengepam darah dengan baik. Peminum arak juga mudah dihinggapi penyakit hipertensi, stress dan juga angin ahmar.

4. SALUR DARAH

Kajian sudah membuktikan yang dengan meminum alkohol secara moderat boleh menyebabkan kondisi yang menjadikan darah menjadi cair. yang akan menyukarkan luka sembuh kerana darah tidak dapat beku. Minum dalam jumlah yang banyak pula akan 'memekatkan' darah di mana darah akan berada dalam kondisi yang digelar 'hypercoagulable state' yang berlaku apabila platlet dan sel darah merah bergumpal sekali, yang akan menyebabkan peredaran darah menjadi perlahan. Ini akan mengurangkan jumlah oksigen yang mampu dialirkan dalam darah.

5. OTAK

Apabila seseorang meminum alkohol, dia sebenarnya membuatkan otak kita melepaskan apa yang dinamakan sebagai 'dopamine.' Dopamine inilah yang membuatkan peminum merasa gembira dan seronok tetapi apabila kesannya menurun, mereka yang ketagih mahu merasakan perasaan yang sama yang sudah dirasai. Ini punca kenapa ramai ketagih alkohol.

Alkohol membuatkan otak menjadi tenang dan memperlahankan maklumat yang dihantar melalui penghubung-penghubung otak. Jika terlalu banyak kandungan alkohol dalam badan, otak tidak akan berfungsi dan mungkin akan mengalami kerosakan.

Daya ingatan juga akan berkurangan kerana fungsi otak telah diperlahankan, yang menyebabkan seseorang itu tidak mampu mengingati apa yang berlaku.

6. HATI

Hati adalah organ yang paling banyak bekerja keras dalam memecahkan alkohol untuk diserap dalam badan. Ketika memecahkan alkohol, apa yang berlaku sebenarnya adalah sama seperti proses radang hati yang jika kerap berlaku, akan merosakkan organ hati.

Jika tisu hati mengalami sekatan sehingga sistem tapisan hati tidak lagi mampu mengeluarkan bahan-bahan beracun dari dalam badan kita, kita akan mengalami sakit kuning, sama seperti bayi yang baru lahir. Sakit kuning ini berlaku apabila sel darah merah yang telah dipecahkan dan perlu dibuang diserap semula ke dalam darah. Apabila seseorang itu mengalami sakit kuning ini, matanya akan bertukar kuning dan itu adalah petanda organ hati sedang berada dalam fasa terakhir sebelum gagal berfungsi.

7. PUNDI HEMPEDU

Alkohol yang diminum mampu membuatkan radang pada bahagian dalaman pundi hempedu dan apabila terjadi kerap, akan menyebabkan pundi hempedu membengkak dan membesar. Apabila saiznya menjadi besar, ini akan menyebabkan wujudnya sekatan pada salur yang menghubungkan pundi hempedu dengan buah pinggang yang besar kemungkinan akan menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Itu adalah apa yang berlaku kepada badan kita setiap kali kita meminum alkohol ke dalam badan kita. Berlaku banyak kerosakan yang tak boleh digambarkan akan berlaku sedangkan kita sepatutnya berusaha menjaga badan kita.

Kita boleh lihat kesengsaraan individu-individu yang mengalami kerosakan organ, bagaimana kesusahan mereka hadapi hanya untuk hidup. Jadi mulakanlah dari hari ini untuk menjauhi arak kerana walaupun arak dapat memberikan kita keseronokan dan ketenangan untuk sehari dua, kesan buruknya akan kita rasai apabila kita tua. Itupun, kalau kita sempat tua.

Sumber: http://iluminasi.com

Masukan email anda untuk mendapatkan Resep Terbaru ke email anda GRATIS: