Sponsor

Iklan Sponsor :

Jika Merokok Itu Hukumnya Haram, Mengapa Anda Merokok?

Iklan Sponsor :




Kebanyakan perokok masih lagi mengambil ringan pengharaman itu kerana hukumnya bukan datang dari al-Quran yang berbentuk terang, seperti hukum makan daging babi atau minum arak. Rokok tidak diharamkan seperti itu tetapi ada banyak dalil yang membuatkan rokok haram terkandung dalam al-Quran.

Menurut penjelasan Majlis Fatwa, ada lima sebab besar kenapa rokok diharamkan. Pertama, membahayakan kesihatan. Kedua, memberi mudharat kepada orang lain. Ketiga kerana rokok terbukti mempunyai racun. Yang keempat pula kerana berlakunya pembaziran harta dan pendapatan serta yang kelima, tabiat merokok menghalalkan sesuatu yang tidak baik.

Jika diambil satu persatu sebab-sebab tersebut ternyata setiap satu adalah perbuatan yang ditegah dan diharamkan oleh Islam, jadi mengapa ramai yang masih lagi berpegang pengharaman ini bukan sesuatu isu besar?

Sukar dipercayai perkara ini berlaku malahan kadangkala hujah ini akan disanggah dengan ayat-ayat kecaman untuk memenangkan hujah seperti pendapat sesetengah ulama' lain yang mengatakan rokok itu makruh.

Adakah anda memahami apa itu maksud makruh?

Makruh itu membawa maksud tidak disukai, bukan bererti boleh dilakukan. Perkara makruh juga apabila ditinggalkan, akan mendapat pahala dan jika dibuat, tidak mendapat dosa. Cuma, adakah sasaran orang kita yang menggunakan hujah makruh ini cukup sekadar tidak mendapat dosa sebagai matlamat akhirnya?

Pengharaman rokok ini sebenarnya bukan perkara yang boleh dipandang ringan, malahan ia sepatutnya dipandang sama berat seperti larangan meminum arak atau memakan daging babi. Sesetengah pendapat memang mengatakan merokok bukanlah membawa kepada dosa besar, tetapi tabiat itu tetap membawa kepada dosa-dosa kerana 5 sebab yang diberikan itu.

Sayangilah tubuh badan yang telah diberikan kepada kita. Jika itu tidak cukup untuk membuatkan anda mengambil serius perkara ini, sayangilah duit anda. Terlalu banyak wang perbelanjaan dikeluarkan untuk tabiat ini yang sebenarnya tidak selari dengan tuntutan Islam ke atas kita.

Sumber: http://iluminasi.com

Masukan email anda untuk mendapatkan Resep Terbaru ke email anda GRATIS: