Rukun & Syarat Solat Sunat Aidilfitri
Rukun-rukun syaratnya adalah sama seperti yang ditentukan bagi solat fardhu yang lima, kecuali terdapat tambahan beberapa perkara yang sunat.
Perkara sunat tersebut ialah bertakbir tujuh kali pada rakaat yang pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara tiap-tiap dua takbir
Ia dikerjakan sebanyak 2 rakaat, sunat dilakukan secara berjemaah tetapi boleh juga dibuat bersendirian.
Waktu Solat Sunat Aidilfitri
Waktu mengerjakan solat sunat Aidilfitri ini adalah mulai dan terbit matahari hingga gelincir matahari.
Walaubagaimanapun, ianya sunat dilambatkan sedikit untuk memberi waktu kepada umat Islam menunaikan zakat fitrah.
Cara Solat Sunat Aidilfitri
Cara solat sunat Aidilfitri adalah seperti berikut:
Rakaat Pertama
1. Lafaz niat
Lafaz niat bagi yang mengerjakan solat sunat Aidilfitri secara berjemaah:
Ø£ÙصَلّÙÙ‰ سÙنَّةَ عÙيْد٠الْÙÙطْر٠رَكْعَتَيْن٠أَدَاءً مَأْمÙوْمًا لله٠تَعَالَى
Maksud: Sahajaku sembahyang sunat hari raya Aidilfitri, dua rakaat, tunai, mengikut imam, kerana Allah Taala.
Lafaz niat bagi yang mengerjakan solat sunat Aidilfitri secara bersendirian:
Ø£ÙصَلّÙÙ‰ سÙنَّةَ عÙيْد٠الْÙÙطْر٠رَكْعَتَيْن٠أَدَاءً لله٠تَعَالَى
Maksud: Sahajaku sembahyang sunat hari raya Aidilfitri, dua rakaat, tunai, mengikut imam, kerana Allah Taala.
2. Bertakbir
Setelah itu baharu bertakbir dengan “Takbiratul Ihram†dengan menyebut: Allahu Akbar, disertakan dengan niat dalam hati.
3. Membaca Doa Iftitah
Setelah itu sunat membaca: “Doa Iftitahâ€
4. Takbir Pertama
Kemudian sunat bertakbir (Allahu Akbar) 7 kali disertakan dengan mengangkat tangan ke paras telinga.
Biarkan imam memulakan takbir yang pertama dahulu kemudian diikut oleh makmum.
5. Bertasbih
Selepas takbir yang pertama – imam dan makmum sunat membaca tasbih dengan perlahan, dengan menyebut:
سÙبْØَانَ اللهÙØŒ وَالØَمْد٠ÙللهÙØŒ وَلا Ø¥ÙÙ„ÙŽÙ‡ÙŽ Ø¥Ùلاَّ اللهÙØŒ وَالله٠أَكْبَرÙ.
Maksud: Maha suci Allah, segala pujian tertentu bagi Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar.
6. Takbir Kedua
Takbir yang kedua yang diiringi dengan tasbih di atas kecuali takbir yang ke tujuh, kerana selepas itu imam akan membaca surah al-Fatihah.
7. Meneruskan solat hingga selesai rakaat pertama
Surah al-Fatihah akan diikuti dengan surah pilihan, sama seperti solat fardhu sehingga rukuk dan sujud sehingga selesai rakaat pertama.
*Menurut Mazhab Syafie, sunat membaca Surah Qaf pada rakaat pertama dan Surah al-Qamr pada rakaat kedua. Antara surah-surah lain yang dianjurkan ialah Surah al-A‘ala dan al-Ghashiah, atau Surah al-Kafirun dan al-Ikhlas seperti yang dinyatakan dalam Sahih Muslim.
Rakaat Kedua
1. Takbir Pertama
Sebaik masuk rakaat kedua, perkara yang pertama sekali dilakukan oleh imam dan makmum ialah bertakbir 5 kali.
2. Bertasbih
Takbir ini diselangi dengan tasbih seperti yang dilakukan dalam rakaat pertama.
3.Baca al-Fatihah
Seperti dalam rakaat pertama, selesai sahaja bertasbih imam akan membaca surah al-Fatihah diikuti dengan surah pilihan.
4. Teruskan solat hingga selesai
Kemudian meneruskan sembahyang sehingga selesai rakaat kedua.
Dengan ini sempurnalah sembahyang hari raya “Aidilfitri†yang akan diiringi dengan khutbah.
Meriahkan Aidilfitri Dengan Perkara Sunat
Mudah saja cara solat sunat Aidilfitri. Jadi, lakukanlah ia selagi boleh. Jika tidak berkesempatan ke Masjid, bolehlah melakukannya di rumah sahaja.
Sebelum itu, disunatkan mandi sunat aidilfitri, memotong kuku, berwangi-wangian (bagi lelaki) dan bersarapan sebelum bersolat.
Menurut sumber daripada Pusat Islam USM, Rasulullah tidak keluar menunaikan solat kecuali selepas menjamah beberapa biji tamar berdasarkan hadis Anas yang diriwayatkan oleh al-Bukhari.
Di samping itu, kita juga digalakkan melakukan solat sunat ini di masjid atau surau untuk mengeratkan kemesraan dan ukhwah sesama saudara Islam.